CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, March 28, 2009

Hari Profesional SMKTD

Hari ni mama kene pergi sekolah, ada program Hari Profesional untuk guru2 seluruh negeri Perak, dibuat serentak. Program mula 8pagi, habis pukul 12.30tgh hari...ok la, enjoy gak ngan penceramah tu, En Mohd Zaini daripada BPR...
Selesai majlis tu, mama terus balik rumah, dah janji dengan tuan rumah di Tambun nak tgk rumah hari ni....mama dan ayah decide nak pindah Tambun balik, nak settel down kat situ...dekat sikit ngan Opah dan Tok Abah...anak-anak mama pun akan lebih terurus lagi, InsyaAllah...kunci rumah dah ambil, so, may b next week pindah la...huhu...pindah lagi... :P
Biasala selagi tak beli rumah, kita kene hidup secara nomad macam ni la...selagi tak puas hati, ambil keputusan pindah. Kalau dah beli rumah nanti, kena hadap la apa2pun yang mendatang walaupun ianya sesuatu yang negatif...huhu...serius beb!
Pas tu, pergi rumah Opah la, dah dekat situ...ayah tak sabar2 nak tengok TV Plasma yang dia order daripada Pak Uda..huhu... WOW besau nyer..42'inci....seketui-seketui keluar gambaq kat TV...kalau tengok National Geografic lagi gempak...harimau macam nak terkam kita je...huhu
Habis hati la ayah tu...ayah kata ni TV ayah nak tengok bola EPL etc....huhu...(nanti mama upload gambau)
GRRRRrrr....tetiber lapo la pulak...mama ajak ayah pergi Giant, makan....Irfan, amin and dynas follow, Izzuddin takde ikut Pak Uda...laaaaaaa....Pak Uda pegi Giant juga la...ternampak kete dia kat parking lot...hehehe....ke mana lagi penduduk Tambun, ke situ je la yang terdekat... :D
OK la...mama nak layan Konsert AF7 ni jap...Assalamualaikum....

Friday, March 27, 2009

Bah datang dari Johor...yea..yea...

Yea..yea Bah datang...yea...yea Bah datang!!! Tengah hari Bah sampai dengan Abah , Mama Nina , Idris dan Muzaffar. Ada urusan di imigresen pasal urusan visa mama nina. Esok Bah nak ke Kuala Kangsar, nak ziarah makam Atok..mama pula kene ke sekolah ada program Hari Profesional.
Malam, Ayah ke rumah Uncle Muiz ada kenduri tahlil, Nenek Uncle Muiz meninggal dunia semalam...Bah ke rumah Bah Bai, saja borak2, lepas rindu, lama tak jumpa. Pukul 10.30malam kita menyusul, tapi Bah dah balik, hanya ada Tok Chik n Pah Tok...sambung borak pasal kenangan di MEkah sampai lewat malam...
mama dah ngantuk dah ni..hhhhhhhhuuuuuuaaaaaaargggggggggg...Astagfirullahhalazim...jom kita balik Ayah........ ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, March 25, 2009

Ahlan Wasahlan.....(Umrah dan Ziarah 07.03.09 - 20.03.09)

"Labbaikallah hummalabbaik
Labbaikala shari kalakalabaik
Innalhamda, wanni'kmata
Lakawanmulk lasharikalak...."


Ertinya :

"(Ya Allah!) Hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu (Ya Allah),
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu (Ya Allah),
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu...
Sesungguhnya, segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu"

Bersama Tok Abah, Opah and Wan Su.......

Alhamdulillah! Syukran! Setelah penat menunggu, menghitung hari...akhirnya tibalah masanya untuk ayah dan mama berjauhan dengan kalian anak-anak kami...pergi jauh menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah....penerbangan mengambil masa kira-kira 8jam lamanya. Kami pergi dengan penerbangan Saudi Arabian Airlines SV839,dari KLIA ke Jeddah tepat pada pukul 12.45tengah hari.
Gembira, sedih, sebak, sayu, tenang...semuanya telah bercampur aduk...digaul sama rata jauh di sudut hati kami. Tiada perasaan yang tepat dapat diteka dan digambarkan ketika ini...Izzuddin telah menampakkan tanda-tanda nak "meragam" seperti yang kami jangkakan...Opah dan Tok Abah cepat-cepat bawa lari Izzuddin ke suatu sudut di KLIA tu....nak elakkan kejadian yang tidak diingini terjadi...huhu...sedih pulak mama....I'rfan Alhamdullillah sudah memahami dan mengerti apa yang berlaku disekelilingnya dan mengetahui apa itu Ibadah Umrah....mama dan ayah akan meninggalkan kalian selama lebih kurang 14hari..iaitu 2 minggu...I'rfan cool. Dynas...? mmm...masih tidak mengerti apa-apa....menangis hanya bila lapar ataupun mengantuk.... :)


Selamat tinggal sayang............jaga diri ya...!!


"Bergambar kenangan bersama Bah"


Alhamdulillah sekali lagi...dengan izin-Nya, mama, ayah dan para jemaah yang lain telah selamat sampai di Jeddah Airport dan seterusnya perjalanan kami diuruskan oleh TH Travel Sdn Bhd...sebanyak 2 buah bas persiaran membawa rombangan kami seramai 120 jemaah..antaranya 20 orang jemaah adalah saudara mara kita. antaranya ialah Tok Chor, Uncle Bob, Tok Chik, Pah Ton, Uncle Lek, Mama Linda, Uncle Kherul, Mama Jana....dan ramai lagi.



Kami tiba di Tanah Haram (Tanah Suci Mekah) lebih kurang dah lepas waktu Isyak. Check in di Hotel Firdaus Palace...kira-kira 200m daripada MasjidilHaram. Alhamdulillah dekat sangat...tiada alasan untuk tidak berjemaah di depan Baitullah setiap kali masuk waktu solat fardhu

Pertama kali, TERPEGUN, TERKELU melihat Baitullah (Kaabah) berada di depan mata, terbentang luas...sungguh indah. Terasa mama berada dalam mimpi....Subahanallah!


Ayah dan mama mencari ruang bergambar kenangan di depan Baitullah yang indah selepas menunaikan Umrah...masa ni keadaan tak ramai sangat...rombangan kami antara yang terawal tiba. Kemudian sedikit demi sedikit jemaah datang dari pelbagai pelusuk dunia, dari Turki, Iran, Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand dan lain-lain, termasuk lah rakyat tempatan Saudi...ramai, kadang-kadang tu tak dapat nak bezakan mereka dari negara mana...beza hanya pada kulit dan rupa...


Di perkarangan luar MasjidilHaram, setelah selesai menunaikan Umrah...masih berpakaian Ihram.

Ya Allah! Ya Tuhanku...Sesungguhnya engkau mengetahui segala rahsiaku, dan perbuatanku yang terang maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku, perkenankanlah doaku. Engkau mengetahui segala yang ada dalam jiwaku maka ampunilah dosaku.

Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu iman yang teguh dihatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui sehingga tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan aku pohon keredhaan-Mu dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku. Engkaulah yang menolongku dunia dan akhirat, maka matikanlah aku di dalam Islam dan sertakan diriku bersama orang-orang yang soleh.

Ya Allah Ya Tuhanku! Janganlah Engkau tinggalkan kami tempat yang mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan. Janganlah engkau biarkan hati di kalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan. Mudahkanlah segala urusan kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan.

Ya Allah Ya Tuhanku! Matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Bersama-sama geng muda-mudi berjalan-jalan menuju ke Mecca Tower, hanya bersebelahan dengan MasjidilHaram...salah sebuah shopping complex yang berdekatan...ayah sebagai cameraman...yang masih dalam pembinaan tak lama lagi akan muncul Mecca Twin Tower, juga sekitar MasjidilHaram.

Mama Linda, mama and Mama Jana...antara geng solat, teman ke masjid dan kemana-mana jua...InsyaAllah

Di Museum ...bersama Tok Chor..banyak juga khazanah menarik di museum ini adalah antara pintu masjidilharam...

Di salah sebuah hotel yang kami singgah untuk lunch...

Windy dessert...


Alahai manjanya unta ni....siap senyum kambing lagi tu...lokasi ni adalah berlatar belakang kan ladang unta...unta-unta yang lain ada banyak kat belakang tu, saja je diorang tanak enter frame...segan kot... =) dapat la mama dan ayah merasa minum susu unta fresh, tanpa bahan pengawet...huhu...sedap...pekat...lemak berkrim...sedap sikit dari susu lembu... =) nak rasa?

Ha gambar ni diambil di atas Bukit Tsur...unta ni malas skit...berdiri pun tak nak. Boikot majikan dia agaknya...ada banyak lagi bukit di sekitar Bukit Tsur ni...dan membawa sejarah masing-masing yang tersendiri..selama seminggu mama dan ayah berada di Mekah, dan seminggu lagi di Madinah...banyak jugalah lokasi yang kami ziarah...tak dapat semua yang mama dapat paparkan di sini...nak print out gambar pun adalah dalam 440 keping yang kami ambil di sekitar Mekah dan Madinah...itupun banyak dah di delete dari camera kita.


Mama bersama Mak Ta dan Uncle Ucop dinner di Madain Salleh Hotel..masa ni mama tak sihat sangat. demam...cuaca di sini agak sejuk...antara 12darjah celcius...


Masih lagi di Madain Salleh hotel, kami stay 1 night kat sini...sejukkk...tapi maintain je...ini adalah antara lokasi terakhir kami sebelum berangkat pulang....selepas ni, balik semula ke Madinah...menunaikan beberapa lagi aktiviti yang lain...

*******************************************************************************

TENTATIF PROGRAM :-

07.10.09 (Sabtu)

- Lapor diri di KLIA Sepang, berlepas ke Jeddah dengan penerbangan SV 839, kemudian bertolak ke Mekah dengan menaiki 2 buah bas, check Hotel Firdaus Palace

- Makan Malam

- Tawaf dan Saei secara berjemaah (Alhamdulillah, sepanjang seminggu berada di Mekah ini, ayah berkesempatan menunaikan 4 kali Umrah dan Mama 3 kali Umrah....termasuk Umrah yang kami lakukan buat orang-orang tersayang , Arwah Pak Anjang, Arwah Atah Wah dan Tok Chor kerana Tok Chor tak berapa sihat sepanjang berada di Mekah)

08.03.09 (Ahad)

- Acara Bebas (Selain acara wajib setiap hari berjemaah solat Fardhu , kami ambil kesempatan berjalan-jalan sekitar Mekah...."tawaf kedai"...bersama-sama...

09.03.09 (Isnin)

- Bertolak ke Taif - melawat sekitar Taif (makan tengahari di Hotel Ramada)

- Bertolak balik ke Mekah

10.03.09 (Selasa)

- Program Ziarah di Mekah

- Bukit Tsur, Jabal Nur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Masjid Jaranah

11.03.09 (Rabu)

- Program Ziarah di Mekah

- Muzium Haramain, Ladang Unta, Masjid HUdaibiah

12.03.09 (Khamis)

- Acara Bebas

13.03.09 (Jumaat)

- Tawaf Wida'

- Bertolak ke Jeddah (bermalam di HOtel Al-Azhar

- City tour

14.03.09 (Sabtu)

- Bertolak ke Madinah (check in di hotel Movenpick)

- Ziarah Dalam di Madinah (Maqam Rasullullah SAW, SAidina Abu Bakar RA, SAidina Omar RA dan perkuburan Al-Baqi')

15.03.09 (Ahad)

- Ziarah Luar di Madinah

- Masjid QUba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Makam Penghulu Shuhada, Medan Perang Khandaq, Ladang tamar

16.03.09 (Isnin)

- Bertolak ke Al-Ula (check in Hotel Madain Salleh)

- Ziarah di sekitar Al-Ula

17.03.09 (Selasa)

- Bertolak pulang ke Madinah

- Melawat Pasar Kurma

18.03.09 (Rabu)

- Acara Bebas

19.03.09 (Khamis)

- Ziarah Wida'

- Bertolak ke Airport MAdinah , berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan menaiki penerbangan Saidi Arabia Airlines - SV834 , 9.30malam

Diperkarangan luar Airport Madinah...

20.03.09 (Jumaat)

- Tiba di KLIA, Sepang


Rindu sangat-sangat dah kami pada anak-anak kami, keluarga kami....I'rfan (tiada dalam gambar) datang dengan Wan Su dan Uncle Lan ambil mama dan ayah...Bah, Abah, Mama Nina dan anak-anak, Papa, Mama Ana dan anak-anak serta Mama Elly, PAkcik Abu dan Firdaus datang ke Airport menyambut kepulangan mama dan ayah...Alhamdulillah Syukran...semoga mama dan ayah mendapat Umrah Mabrur, Amin...
***********************************************
FADHILAT UMRAH :
Hadis daripada Abi Hurairah R.A bersabda Rasulullah SAW - "Dosa yang berlaku antara dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balsan bagi haji yang mabrur (haji yang diterima) melainkan syurga"
PENGERTIAN UMRAH PADA SYARAK :
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, saei dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
HUKUM UMRAH :
Umrah diwajibkan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa samada lelaki atau perempuan.

Tuesday, March 24, 2009

Sand Art...

Izzuddin's creativity..

Irfan's Dynas layan games ngan ayah...



Hari ni saje bawa Irfan & Izzuddin buat Sand Art kat jaya jusco (JJ)...Dynas lak layan games!!!
Tengok la anak2 mama & ayah yang hepi ni.......Seronok tgk u all membesar dengan senyuman dan gelak tawa...kalau boleh tak nak langsung u all bersedih atau masam2....ok..mama & ayah akan lakukan yang terbaik untuk kalian...dont worry............InsyaAllah...Kami hanya merancang dan tuan punya dunia juga merancang...