CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, May 29, 2009

Hepi teacher's Day......

SMK Tasek Damai meraikan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah pada 29.05.2009 , iaItu pada hari yang berbahagia ini...Sambutan pertaman buat mama!!! Actually Hari Guru jatuh pada 16.05.2009, tetapi memandangkan hari tersebut jatuh pada hari peperiksaan Pertengahan Tahun jadi, Tuan Pengetua sepakat untuk menundanya pada suatu tarikh yang lebih sesuai iaitu hari ini...One Sweet DAy!!!
Tuan Pengetua : Tn. Haji Abu Hanipah sedang memberi ucapan pembukaan...

Cikgu Aini, Cikgu Wirda dan Cikgu Intan...
Ini lah breakfast kami hari ini.....
Cikgu Nabihah memberi hadiah kepada mama dalam sesi pertukaran hadiah antara GSTT
Antara hadiah yang mama terima...Sebenarnya ada banyak lagi mama terima daripada student tapi mereka bagi pada 16.05.09, tak sempat nak take pic, Irfan dah tak sabar2 nak buka...antaranya kain pasang, coklat, pen, buku catatan, selendang....terima kasih semua....



Bunga kuning di atas adalah hadiah saguhati perlawanan bola jaring antara pelajar dan guru...huhu..tapi malangnya team guru kalah...7-0, takpe kami bagi chance sebenarnya...

******************************************************************************
SELAMAT HARI GURU...GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...
*From Abg JUn*
Guru,
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana!
*from Kak Shima*
**********
DULU, dia pegang rotan kau kata DIA garang,
DULU, bila dia masuk lambat ke kelas kau kata DIA malas,
DULU, bila DIA marah-marah, kau kata DIA melampau,
KINI, kau adalah DIA! Selamat Hari GURU!!
*ucapan daripada Sarah Ijazzi*
***************
Di atas adalah antara mesej2 yang bertubi-tubi mama di terima sempena sambutan hari Guru!!!

Sunday, May 17, 2009

Hujung minggu di Teluk Batik

Yeeeeeeeehaaaaaaaaaaaa....hari ni ayah ajak kita semua ke Teluk Batik!!! Lama dah tak mandi laut...rasa2nya ada dekat setahun kot...eh! ye ke? Ntah mama pun dah lupa. At the same time Jom Heboh sedang berlangsung kat Lumut..huh apa lagi jammed giler...

Sampai sana I'rfan & Izzuddin apa lagi..keluarkan mainan terus main..bukannye korang nak terjun laut terus...hehehe...memang penakut air...
Apa yang menarik perhatian hari ialah, bibik fitri yang lebih lama di dalam laut tu berbanding mama, ayah, irfan, izzuddin n dynas...dia layan laut macam tak pernah mandi laut even tengok laut....sabar je la..................ok what, at least we have fun together. mama & ayah biarkan aje...bibik pun nak release gak kan...huhu....ok..layannnnnnn
*gambar???nanti mama upload..kalo rajn ler..

Sunday, May 10, 2009

SeLaMaT HaRi IbU......

One happy family...................

The Greatest Mom in the World....I love mak...

Assalamualaikum...
Terima Kasih Mak, kerana melahirkanku di dunia ini, malah diriku membesar dengan kasih sayang yang tiada tandingannya...Mak, tak dapat Intan bayangkan seandainya mak tiada di depan mata ini...tak dapat Intan imaginasikan apa yang akan berlaku...Intan sayang MAK...

Ibu..Ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu...

Ibu...Ibu
Engkaulah ratu hatiku....




TEMAN....JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS CUMA DARIPADA LAUTAN HIDUPMU,
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN DI KALA INI....SEMENTARA IBU MASIH HIDUP!!!

The Greatest Mom In Law in the World....


SELAMAT HARI IBU!!!

*******************************************************************************


Me as a mom...
Thanks anak mama!!!Irfan dan Izzuddin, bagi mama kad Selamat Hari Ibu....walaupun kalian masih kecil tapi ingatan kalian memang mama hargai...
Kad ucapan from Irfan buat mama....I love you, Irfan....be a good son & bro ok....!!!!!!!

Kad from Izzuddin buat mama....dengan ucapan I love MOM!!! Thx baby...sayang u all....muahh