CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, April 2, 2013

Swiss Roll Trifle - Resipi Adinda

Bahan-bahannya :

1 kek swiss roll
1 jelly nona clear / merah
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
1 penutup esen vanila

Cara-caranya :

1. Potong ke kek dan susun dalam mangkuk besar.
 
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.

 
3.  Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.





Kemudian, sediakan kastard. Cara-cara membuatnya seperti berikut :

4. Masukkan gula, susu cair, air dan tepung kastard dan esen vanila. Gaul atas darat (maksudnya sebatikan dahulu di dalam periuk tanpa membuka api)

5. Kemudian, barulah dibuka api dan kacau selalu dengan api perlahan sehingga kastard likat dan berkilat.

6. Tuangkan ke atas bekas acuan tadi dan ratakan. Biarkan ianya beku sedikit.

7. Seterusnya tabur 1/2 lagi baki cocktail ke atas kastard ataupun kepingan peach (ikut citarasa sendiri).

8. Kemudian, buatkan jelly untuk lapisan atas sekali. 

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
 
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

And then, chill and ready to be served....yummmyyyyy.....

 
Lebih cantik kalau dihidangkan dalam bekas kecil...senang dimakan!!

Nasi Bukhara Ende

Baru-baru ni aye menghabiskan cuti aye kat Bukit Chandan, Kuala Kangsar...mana lagi teratak ende la..Bersyukur sangat sebab dapat belajar resipi pertama ende dan ann. Hidangan ini dibuat sempena Majlis Bacaan Yaasin kat rumah WanTeh.. dia ajak kawan-kawan perempuan jer...tetamu adala dalam 18-20 orang...masing2 memuji nasi bukhara yang sedap ni...lets try... :)

                                                       Bahan A :

10 ulas bawang merah
1   inci halia (dihiris)
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3-4 biji pelaga
1 cawan minyak Gee
3/4 cawan minyak masak (boleh dikurangkan sedikit)
             7 pot (tin) beras
             1 mug jus tomato / tomato puree dicairkan dengan air
             4 sudu gula
             garam secukup rasa

             Bahan B :

             6 pot (tin) beras
             6 biji tomato (dipotong kiub)
             2 batang carrot (disagat)

            Hiasan :

            Kismis (digoreng sekejap)
            Bawang goreng








Cara-caranya :

1. Tuangkan minyak secukupnya untuk menggoreng kismis dan juga bawang untuk hiasan.

2. Masukkan 1 cawan minyak Gee dan 3/4 minyak masak (diambil dari sisa minyak yang digunakan untuk menggoreng hiasan kismis dan bawang goreng tadi) ke dalam periuk.  Tunggu sehingga minyak panas dan kemudian masukkan bawang, halia, biji pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumiskan sehingga naik bau.

3. Masukkan 7 pot air, jus tomato, gula dan garam secukupnya. Rasa ramuan tadi dan biarkan seketika.

4. Pindahkan air rebusan itu ke dalam rice cooker dan kemudian masukkan beras. Masak nasi seperti biasa.


5. Apabila nasi 3/4 masak, masukkan hirisan kiub tomato dan carrot. Gaulkan sebati.

6. Setelah nasi masak. hidangkan dan taburkan hiasan bawang goreng dan kismis di atasnya.

7. Sedia untuk di makan.

                                                             Hirisan bawang utk digoreng



                                                                        6 pot beras

*************************************************************************************

Tadaaaaaaaaaaaaaa......dah siap untuk di makan.... :)


 Gambar sekadar hiasan