CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, April 2, 2013

Swiss Roll Trifle - Resipi Adinda

Bahan-bahannya :

1 kek swiss roll
1 jelly nona clear / merah
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
1 penutup esen vanila

Cara-caranya :

1. Potong ke kek dan susun dalam mangkuk besar.
 
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.

 
3.  Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.





Kemudian, sediakan kastard. Cara-cara membuatnya seperti berikut :

4. Masukkan gula, susu cair, air dan tepung kastard dan esen vanila. Gaul atas darat (maksudnya sebatikan dahulu di dalam periuk tanpa membuka api)

5. Kemudian, barulah dibuka api dan kacau selalu dengan api perlahan sehingga kastard likat dan berkilat.

6. Tuangkan ke atas bekas acuan tadi dan ratakan. Biarkan ianya beku sedikit.

7. Seterusnya tabur 1/2 lagi baki cocktail ke atas kastard ataupun kepingan peach (ikut citarasa sendiri).

8. Kemudian, buatkan jelly untuk lapisan atas sekali. 

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
 
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

And then, chill and ready to be served....yummmyyyyy.....

 
Lebih cantik kalau dihidangkan dalam bekas kecil...senang dimakan!!

Nasi Bukhara Ende

Baru-baru ni aye menghabiskan cuti aye kat Bukit Chandan, Kuala Kangsar...mana lagi teratak ende la..Bersyukur sangat sebab dapat belajar resipi pertama ende dan ann. Hidangan ini dibuat sempena Majlis Bacaan Yaasin kat rumah WanTeh.. dia ajak kawan-kawan perempuan jer...tetamu adala dalam 18-20 orang...masing2 memuji nasi bukhara yang sedap ni...lets try... :)

                                                       Bahan A :

10 ulas bawang merah
1   inci halia (dihiris)
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3-4 biji pelaga
1 cawan minyak Gee
3/4 cawan minyak masak (boleh dikurangkan sedikit)
             7 pot (tin) beras
             1 mug jus tomato / tomato puree dicairkan dengan air
             4 sudu gula
             garam secukup rasa

             Bahan B :

             6 pot (tin) beras
             6 biji tomato (dipotong kiub)
             2 batang carrot (disagat)

            Hiasan :

            Kismis (digoreng sekejap)
            Bawang goreng








Cara-caranya :

1. Tuangkan minyak secukupnya untuk menggoreng kismis dan juga bawang untuk hiasan.

2. Masukkan 1 cawan minyak Gee dan 3/4 minyak masak (diambil dari sisa minyak yang digunakan untuk menggoreng hiasan kismis dan bawang goreng tadi) ke dalam periuk.  Tunggu sehingga minyak panas dan kemudian masukkan bawang, halia, biji pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumiskan sehingga naik bau.

3. Masukkan 7 pot air, jus tomato, gula dan garam secukupnya. Rasa ramuan tadi dan biarkan seketika.

4. Pindahkan air rebusan itu ke dalam rice cooker dan kemudian masukkan beras. Masak nasi seperti biasa.


5. Apabila nasi 3/4 masak, masukkan hirisan kiub tomato dan carrot. Gaulkan sebati.

6. Setelah nasi masak. hidangkan dan taburkan hiasan bawang goreng dan kismis di atasnya.

7. Sedia untuk di makan.

                                                             Hirisan bawang utk digoreng



                                                                        6 pot beras

*************************************************************************************

Tadaaaaaaaaaaaaaa......dah siap untuk di makan.... :)


 Gambar sekadar hiasan

Friday, December 7, 2012

Ayah & Mama have been hand in hand for 10 years



Assalamualaikum....wbt


Syukran...Alhamdulillah...





Tiada kata yang keluar dari mulut selain syukur, syukur dan bersyukur...Alhamdulillah! Sejauh ini Allah memberkati ikatan perkahwinan kami Intan & Idzwan...Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu..Walau dugaan, rintangan dan ujian malah kebahagian yang Engkau kurniakan pada kami, kami Redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Pahit, manis dalam kehidupan kami lalui dengan restu Mu YA Allah.

Di saat diri ini meng'hapdet' blog ni...lagu Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash Lefhanded berkumandang...terharu, menggeletar tangan menaip setiap bait lirik lagu...

"Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia"



"Hanya Tuhan yang pasti.
Mengerti..."


Sedih, terharu sebab tak dapat raikan kemenangan cinta kami yang ke 10 bersama. Saat ini, en.asben berada nun jauh di Pahang menjalankan tanggungjawab mencarfi rezki utk kami sekeluarga. InsyaAllah minggu depan kita bertemu dan jika izinNya kita raikannya...ya sayang! 

Pagi2 lagi, handphone berbunyi tanda menerima mesej..."Happy anniversary yg ke 10 sayang, Semoga kita kekal ke akhirnya...Amin" . Terima kasih sayang...dan mesej tersebut dibalas begini : "Our wedding was 10 years ago, but the celebration never stop n wish for forever...let's together we make it happen for the rest of our life..thanks for being such a wonderful soulmate to me..."

Harapan dan doa agar mendapat Rahmat dari Allah SWT dan dikurniakan rasa cinta (sbnrnya hanya pinjaman dari NYA) selamanya...Moga kami berjaya membimbing dan mendidik anak-anak kami (Amanah Mu) ke jalan yang benar yang Engkau Redhai...Limpah kurniakanlah rezeki yang halal buat kami dan berkatilah hubungan kami sekeluarga. Permudahkanlah urusan kami dan jadikan hari-hari seterusnya bertambah baik keadaan kami dari hari sebelumnya... Amin...


Perasaan? terus terang tiada rasa jemu bersama, masih segar seperti 10 tahun yang dulu....
 
Ini adalah sedikit daripada beberapa kenangan kami berdua sempena Anniversary yang ke-10 ini :











Gambar honeymoon....will 'hapdet' soon.... :) :)


Saturday, July 14, 2012

sports day...Mariaville Kindergarden



yeay....hari ni izzuddin n dynas sport day....mama dari melaka balik semata2 nak tengok anak2 mama bersukan...malam nanti mama kena balik melaka balik. Mama ada 24 jam je dengan korang...walau apapun mama bangga dengan izzuddin dan dynas kerana bawa balik 4 'gold medal'...congrats sayang... ayahpun dapat jugak...hamper! Ayah sukan dengan dynas...lets see the pics...

Wednesday, March 14, 2012

Birthday DYnas yang ke-4

Alaaa...tomei-tomei...

Sorry sayang...mama x sempat nak buat big-party for u...ya la mama kan student-teacher tahun ni..so mama sgt busy dengan assignment dan exams...hope u understand...so, ni je lah yang sempat mama buat and snap just a picture ..mama promise, next year will be different k...I love u so muchhhh....



Just a simple one...next year, kita buat tema hello kitty (pink and black)ok... :)

Sunday, May 9, 2010

happy mothers day...






Pagi hari tepat di tanggal 9 Mei ini, aku tidak banyak berfikir tentang hari ini saat bangun mempersiapkan rutin harian. Aku tahu hari ini tentang apa. Satu-satunya alasan aku tidak menganggapnya istimewa, adalah karena hari ini diperuntukkan wanita-wanita istimewa. Wanita-wanita dengan segudang prestasi, dengan segudang kasih dan pengorbanan bagi keluarganya, dengan banyak perbuatan besar yang nyata terlihat. Dan aku, tidak ada di daftar itu. Ketika aku menunjukkan rasa lelah pada suami dan anak-anak, aku selalu berpikir, tidak selayaknya hal itu terjadi. Ketika aku menyatakan kekecewaan untuk sebuah harapan yang dibangun bersama, aku selalu berpikir seharusnya aku punya rasa maklum yang lebih dari yang diharapkan. Atau ketika aku kurang suka dengan tingkah anak-anak yang kurang bertanggungjawab pada tugas, aku berpikir seharusnya aku punya hati seluas samudrea untuk bersabar. Maka, aku merasa belum banyak berbuat untuk buah hatiku, permata hati dan kekasihku. Maka, hari ini bukan untukku. AKu akan cuba lagi....lagi dan lagi....sehingga akhir hayatku menjadi sesempurna mungkin buat anak-anakku yang tercinta....

Kenyataannya, pagi ini aku disodori 2 keping kad khas buatan sendiri daripada permata hatiku I'rfan & Izzuddin....more than enough...itulah 3 perkataan spontan yang terpacul dari bibirku...walaupun ketika ini mereka masing-masing baru berusia 7 dan 4tahun...namun di hati mereka telah tertanam rasa dan perasaan kasih sayang...menghargai dan dihargai....Thank you sayang...I love u all...

Tiba-tiba kumula terkenang akan ibuku........

Kepada Ibuku yang mengasuhku selama ini, kuucapkan selamat hari ibu. Semoga sehat selalu dan tak pernah lupa padaku dan kenangan selama ini bersama keluarga. Maafkan aku yang selama ini belum mengucapkan terima kasih, maka bersempena hari ini aku mengucapkan terima kasih atas jasamu selama ini. Mungkin hanya ini yang bisa kuberi sampai saat ini untuk berterima kasih karena semua jasa orang tuaku tak akan terbalas olehku sampai kapanpun. Dengan penuh rasa sayang dan terimakasih kuucapkan lagi, Selamat Hari Ibu.


Jasa Ibuku

BERTAHUN-TAHUN IBU MENGASUHKU
BERTAHUN-TAHUN PULA AKU TAK BERTERIMA KASIH
AKU TELAH LUPA AKAN JASA IBUKU
AKU TELAH LUPA SEMUA DOSAKU PADA IBUKU

IBU….
SEMBILAN BULAN ENGKAU BERJUANG MENGANDUNGKU
LALU ENGKAU BERTARUH NYAWA MELAHIRKANKU
PERJUANGANMU SUNGGUH BERAT IBUKU
MAAFKAN AKU IBUKU….
AKU TAK PERNAH BERTERIMA KASIH ATAS JASAMU

IBU,
MAAFKAN ANAKMU YANG BANYAK BERDOSA PADAMU INI
SEKARANG, AKU AKAN BERTERIMA KASIH PADAMU
ATAS SEGALA JASAMU YANG TAKKAN BISA KUBALAS

SAMPAI KAPANPUN



“Untuk semua wanita,
yang selalu memiliki cinta kasih,
yang tak akan pernah habis untuk dibagi,
SELAMAT HARI IBU….”

Friday, May 7, 2010

Tagged by my beloved sista....

Salam semua...oleh kerana da only sista i have beria-ria soh buat tag ni....(siap anta msg kt hp lagi tu~coz dia tau kakak dia punyer blog dah bersawang...huhu) so...rasa bertanggungjawab menunaikan hajat beliau..(kang kalo x buat, kempunan plak dia...sapa nak jawab...huuhu~susah dealing ngan orang mengandung anak sulong nih...byk ragam..:p)

1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY , APA PERASAAN ANDA ?
OMG !!! Syukran!!! Toche!!! Tenkiu!!! Arigato to my hubby, my kids, my mom, my dad, my MIL, my sista...my jiran, my peminat, my jiran ....owh i'm so nebes...."I SOUND STUPID WHEN I SPEAK MALAY".......
perasaan : sonok la jugak sbb skrg ni tgh xda idea nak update n3, so bila dah kena tag ni ada la sikit bahan nak taip....sekurang2nya 'tag' boleh memotivasikan diri utk men'update' blog...huhu

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI

http://thisisme-zoelalisa.blogspot.com/ ~ my beloved n da only one sista~


3 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
nak yang jujur ke yang ikhlas punyer? :)

i. intan (family, jiran2, kawan2)

ii. suzana (oke. panggilan ni mase keje kt astro je dulu..itupon sebab dah ada staff before i nama intan kt tingkat bawah..so, nama tu not available anymore~only @astro k )

iii. mama intan (panggilan anak2 sedara sebelah en.b)

iv.wan intan (pglan utk ank2 sdare..-my side)

v. tanduk (panggilan ni dikelolakan oleh suzana mase time sekolah dulu, intan = tanduk, suzana = stone, sharina = esah) hehhehe...nape tah, mase termat la rapatnya kami bertiga...tp sekarang 1 of us dah menyepi dan menyuamkan diri....huhu No COMMENT!

vi. diamond (Mr.syed abdul malek wafa -couz sblh en.b- je yg panggil i dgn gelaran ni...suke...suke...suke sgt!!!!)

vii. sayang @ yang (panggilan manje en.b tersayang)

viii. cikgu intan @ pn.intan (pglan anak2 muridku...huhu)

4. THING YOU HAVE DONE YESTERDAY:-

Pagi - siapkan anak2 ke sekolah
- on9 FB sambil lipat kain...huhu

T/hari - pegi sekolah... "Selamat tengahari cikgu" (melodi ala-ala upin ipin)

Petang - balik sekolah, sebelom tu singgah kedai mamak beli roti canai - sgt lapo! x thn!


5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...

i. santai bersama keluarga tercinta!

ii. Shopping

iii. Hang out dgn kwn2 yg sekepale dan bergelak ketawa bersama-sama /karoeke

iv. Shopping

v. Melayan FB dengan comment2 yg mencuit hati...


6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?

i. nak berbakti pd keluarga, abg2ku , especially mak + abah...


KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG:

Zaimun@Erin, Aisyah, Mimi, Shireen & Sufi Idani....(errr...itu pon kalo diorang sudi n perasan akan tag nih)
Wallahualam....

Monday, May 3, 2010

I'rfan cabut gigi...



ISNIN-3 Mei 2010 Setelah hampir seminggu menjalani rawatan daripada Klinik Pergigian Siti dengan mengambil antibiotik, kini tiba hari yang dinanti-nantikan oleh anak sulung hamba....jeng...jeng...jeng...C.A.B.U.T.G.I.G.I...

Hampir 3 jam lebih ayah menghabiskan masa di klinik tersebut....dah kalahkan klinik kerajaan plak tempoh masa diambil utk rawatan cabut gigi, bukan apa...menurut ayah I'rfan 'buat hal' meronta-ronta tidak mahu dicabut / meneruskan rawatan. Doktor terpaksa melayan 3 orang pesakit lain dahulu sementara ayah memujuk I'rfan........

Akhirnya, setelah disogok dengan pensil mekanik Ben-10 I'rfan akur mengalah...huhu...hasilnya sila lihat gambar di bawah...Tahniah I'rfan anda berjaya melawan ketakutan dlm diri anda....

Gigi geraham yang berjaya dicabut oleh Doktor Siti...panjang jugak eh...sure sakittttt!!! :(

P/s : Mama tidak dapat menemani I'rfan hari ini kerana mama menemani Opah ke Hospital Permaisuri Bainun juga atas urusan mendapatkan rawatan doktor. Tapi kes Opah lain, Opah kene jumpa doktor kerana masalah lutut beliau...Kata doktor Ming, terdapat sedikit tisu dalam lutut terkoyak..so, rawatan seterusnya adalah perlu memasukkan camera utk kenal pasti kawasan yg tepat....


Sunday, May 2, 2010

Happy Birthday Ayah.....

"Happy Birthday to you...en.b....
I want to be your love
For all eternity
Enjoying each other as our hearts
Beat in harmony...."

Angka depan yang sudah berganjak....


Ciuman kasih dari suami tercinta...

Antara tetamu yang bersubahat dengan mama untuk majlis surprise ni....Terima kasih buat anda semua kerna begitu sporting bersubahat....




Antara tetamu yang hadir....


Mastermind Surprise Birthday Party : Saudara Muhammad Iqbal Dinzly
Catering : Saudara Khairul Nizam @ Kroll / MOx
Tempat : Pusat Karaoke Equinox, Sunway City Tambun
Masa : 9-11pm

pURPLE daY...01.05.2010


Happy Birthday Raja Intan Irdyna.....

Happy Birthday Muhammad Naufal Hady....

Happy Birthday Nur Liyana Ardiny & Raja Izzuddin Idzin....




"Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Dynas, hady, Liyana & Izzuddin...
Happy Birthday to you..."



1 Family - Anak-anak didahulukan, Kebahagiaan diutamakan...

Birthday Celebration for Izzuddin, Liyana, Hady, Dynas disatukan pada hari yang sama Majlis Kenduri Aqiqah Khaber n Khaer...Tema warnanya juga disatukan iaitu P.U.R.P.L.E....So, kami yang sporting ni pon pakai la baju/busana yang berwarna tema ungu....dari petang sampai malam purple...tu yang x tahan tu...huhu

Mama memangku Khaber, manakala Wan Chik yutta memangku khaer...InsyaAllah mana tau berkat daripada ini , mama akan di kurniakan anak kembar...Amin... :)




We are sisters....just 2 of us...
Hady & Dynas sebelum bercakaran....bergigitan


Birthday boy & girl...

Birthday Celebration for Izzuddin, Liyana, Hady, Dynas disatukan pada hari yang sama Majlis Kenduri Aqiqah Khaber n Khaer...Tema warnanya juga disatukan iaitu P.U.R.P.L.E....So, kami yang sporting ni pon pakai la baju/busana yang berwarna tema ungu....dari petang sampai malam purple...tu yang x tahan tu...huhu