CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Bibik Oh Bibik. Show all posts
Showing posts with label Bibik Oh Bibik. Show all posts

Monday, December 8, 2008

Bibik Oh Bibik ~ PART 3

Hai...dah tunggu 2hari masih tak dapat apa2 maklum balas daripada agen....Ayah pun call balik ...Agen bagi tahu bibik yang ada tempoh hari adalah untuk bossnya...kalau diberi pada bapak idzwan maka boss nya tiada pembantu...pulak dah....banyaknya dolak dalik......sabar je la..
Kerani agen tu bagitahu...tunggu lagi 3 minggu.................."terbakar' je telinga bile dengar..selamba je diorang bagi tau macam tu............OK takpe..after 3 minggu kalau still takda bibik lagi...kami nak mengadu di BIRO PENGADUAN AWAM....nampaknya kami teraniaya...Selalu kita dengar amah teraniaya..tapi untuk kes ni, MAJIKAN TERANIAYA...x siapa peduli nasib majikan...

Friday, December 5, 2008

Bibik Oh Bibik ~ PART 2

Semasa mama & ayah hantar bibik pulang ke agen...mati2 agen tak bagi tukar bibik...kalau nak tukar juga..bayar lagi RM 1,000..gile..kerja giler..ingat kita chop duit ke? Kami tak peduli, kami letak juga dia di rumah agen tu balik...Dua hari kemudian baru kami hantar beg pakaian dia..kiranya dia sehelai sepinggang la 2 hari tu...Agen nak kaunseling kat bibik, setelah selesai kaunseling...agen nak bagi balik kat kita bibik Laras tu...Ops!! Sowi...Kami tak boleh terima dah...
Kami buat bodoh je dengan alasan yang diberikan aGEn...at last, agen sendiri pun mengakui yang bibik Laras tu keras kepala tak boleh diajar2...ha...sedarpun...tau tak pe....Mereka berjanji nak bagi replacement bibik...tunggu dalam masa 1 bulan setengah, kata agen...Kami pun akur...tunggu pun tunggu la..sekurang-kurangnya dapat bibik baru...daripada burn duit yuran yang kami bayar RM7,4000 tempoh hari...
So,1 week of December ...genap la 1 bulan setengah seperti yang dijanjikan agen...hari ni tadi ayah call agen tanya status bibik baru...katanya sudah ada, tapi mau tanya boss dulu..nanti mereka akan hubungi bapak idzwan semula...
Sabar..sabar...

Sunday, October 12, 2008

Bibik Oh Bibik...

Bibik kita yang paling kiri sekali...

Larasati , itulah nama bibik I'rfan, Izzuddin & Dynas...Mama & Ayah hantar dia balik ke agen A.T Lubis..dah tak boleh tahan...kesabaran sudah sampai ditahap paling atas...Selalu kita dengar & melihat berita / artikel yang menbincangkan isu "Amah didera majikan" tapi tidak pernah sessiapapun nak mengkaji & mendalami masalah berat "Majikan di dera Amah secara mental"...huhu.

Kemuncak kepada kekesalan ayah mama terhadapnya apabila dia menyuap bubur basi untuk Dynas...Malam tu juga kami pulangkannya kepada agen...walaupun kami sedia maklum, nasib baik tidak menyebelahi kami. Mengikut perjanjian kalau majikan pulangkan bibik, duit RM7,400 YANG KAMI BAYAR untuk perkhimatan ini akan LUPUS...Kami Redha. Nyawa anak2 mama & ayah yang menjadi keutamaan , tiada galang gantinya dengan wang ringgit...Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum kami berputih mata, sebelum kami menangis tiada irama...inilah keputusan kami..Frust sesangat...Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap..KIta beri susu, tapi tuba pula yang dibalasnya...

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga malah dah banyak sangat 'hal' yang dibangkitkan membuatkan kami sudah tidak sehaluan lagi...Masa pertama kali dia menjejakkan kaki di rumah kita, Mama telah menganggap dia sebahagian daripada ahli keluarga kita. Malah mama panggil gelarannya "kakak" kerana jauh disudut hati kami masih ada rasa hormat kerana faktor usia tambahan dia bakal menjaga "nyawa" (kalian bertiga) mama & ayah sepanjang kami tiada dirumah @ keluar bekerja...

Pening kepala dibuatnya...kalau nak disenaraikan satu persatu memang banyak, tak cukup satu mukasurat buku sejak dia bekerja dengan kami pertengahan Julai 2008 yang lalu...Antara yang mama ingat ada mama senaraikan dibawah :-

TIDAK JUJUR/TIDAK CEKAP/SABOTAJ MAJIKAN

1) Pinggan "mahal" mama dia buat pecah , tapi tidak maklumkan dengan segera...keesokannya bila ditanya banyak alasan/dolakdalik.Katanya baru pecah tadi padahal semalam.

2) Setiap perkara salah dalam rumah dituduhnya Izzuddin yang melakukannya..Maklumla Izzuddin masih terlalu mentah untuk mengerti & membela diri.

Cth : Berus dalam bilik mandi bawah hilang, dia bgtau mama berus dah masuk dlm toilet bowl (tandas cangkung) semuanya angkara Izzuddin...padahal Izzuddin dah lama tak guna bilik mandi bawah & juga dah lama tak main air dalam toilet masa mandi..
3) Gelang kaki Dynas hilang semasa DYnas dibawah jagaan/tanggungjawabnya...mahal tu Rm500++..sayang sangat...bila tanya tak mengaku...
4) Setelah 2bulan bekerja dengan kita, sampai la ni masih tak cekap buat susu...kadang2 letak 2scoop susu, kadang2 4,5...main taruh je...sesuka hati mak tiri laki dia je....sakit perut la baby...

5) Kebanyakkan baju yang dibasuhnya mempunyai jangka hayat pendek..kata yg lebih mudah difahami...banyak baju rosak...berbulu la..butang tercabut la...sana sini.....
6) Kemas cadar di katil mama...siap berdiri atas katil lagi tu....mama pun tak pernah pijak cadar...tak pernah berdiri atas katil... :((
7) Bagi Dynas makan kanji basi...ni yang mencetus kemarahan ayah & mama...
8)Basuh baju "kita (mama,ayah,irfan,izz,dynas)" dicampurkan sekali dengan baju dia...sepatutnya asingkan..dah bagitau banyak kali...
9) Baju dia basuh wangi sangat macam downy tumpah satu botol...baju kita dia basuh tak letak downy pun ..even serbuk pencuci...kejam tak kejam tu...kantoi ngan mama bile mama secara tak sengaja tergerak hati nak sidai baju...
10) Mengata & mengumpat majikan pada keluarga lain...kesalahan yang tidak dapat diterima & dimaafkan
11)Berani tidur petang...huhu...meniarap menelentang diruang tamu rumah Opah
12)Selalu sakit..macam alasan taknak buat kerja...3bulan kerja dengan mama, 3 x pergi klinik
13)Bangun tidur lambat 7.30pagi....majikan bangun lebih awal dari pekerja...