CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, April 2, 2013

Swiss Roll Trifle - Resipi Adinda

Bahan-bahannya :

1 kek swiss roll
1 jelly nona clear / merah
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
1 penutup esen vanila

Cara-caranya :

1. Potong ke kek dan susun dalam mangkuk besar.
 
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.

 
3.  Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.





Kemudian, sediakan kastard. Cara-cara membuatnya seperti berikut :

4. Masukkan gula, susu cair, air dan tepung kastard dan esen vanila. Gaul atas darat (maksudnya sebatikan dahulu di dalam periuk tanpa membuka api)

5. Kemudian, barulah dibuka api dan kacau selalu dengan api perlahan sehingga kastard likat dan berkilat.

6. Tuangkan ke atas bekas acuan tadi dan ratakan. Biarkan ianya beku sedikit.

7. Seterusnya tabur 1/2 lagi baki cocktail ke atas kastard ataupun kepingan peach (ikut citarasa sendiri).

8. Kemudian, buatkan jelly untuk lapisan atas sekali. 

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
 
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan.

And then, chill and ready to be served....yummmyyyyy.....

 
Lebih cantik kalau dihidangkan dalam bekas kecil...senang dimakan!!

Nasi Bukhara Ende

Baru-baru ni aye menghabiskan cuti aye kat Bukit Chandan, Kuala Kangsar...mana lagi teratak ende la..Bersyukur sangat sebab dapat belajar resipi pertama ende dan ann. Hidangan ini dibuat sempena Majlis Bacaan Yaasin kat rumah WanTeh.. dia ajak kawan-kawan perempuan jer...tetamu adala dalam 18-20 orang...masing2 memuji nasi bukhara yang sedap ni...lets try... :)

                                                       Bahan A :

10 ulas bawang merah
1   inci halia (dihiris)
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3-4 biji pelaga
1 cawan minyak Gee
3/4 cawan minyak masak (boleh dikurangkan sedikit)
             7 pot (tin) beras
             1 mug jus tomato / tomato puree dicairkan dengan air
             4 sudu gula
             garam secukup rasa

             Bahan B :

             6 pot (tin) beras
             6 biji tomato (dipotong kiub)
             2 batang carrot (disagat)

            Hiasan :

            Kismis (digoreng sekejap)
            Bawang goreng








Cara-caranya :

1. Tuangkan minyak secukupnya untuk menggoreng kismis dan juga bawang untuk hiasan.

2. Masukkan 1 cawan minyak Gee dan 3/4 minyak masak (diambil dari sisa minyak yang digunakan untuk menggoreng hiasan kismis dan bawang goreng tadi) ke dalam periuk.  Tunggu sehingga minyak panas dan kemudian masukkan bawang, halia, biji pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumiskan sehingga naik bau.

3. Masukkan 7 pot air, jus tomato, gula dan garam secukupnya. Rasa ramuan tadi dan biarkan seketika.

4. Pindahkan air rebusan itu ke dalam rice cooker dan kemudian masukkan beras. Masak nasi seperti biasa.


5. Apabila nasi 3/4 masak, masukkan hirisan kiub tomato dan carrot. Gaulkan sebati.

6. Setelah nasi masak. hidangkan dan taburkan hiasan bawang goreng dan kismis di atasnya.

7. Sedia untuk di makan.

                                                             Hirisan bawang utk digoreng



                                                                        6 pot beras

*************************************************************************************

Tadaaaaaaaaaaaaaa......dah siap untuk di makan.... :)


 Gambar sekadar hiasan

Friday, December 7, 2012

Ayah & Mama have been hand in hand for 10 years



Assalamualaikum....wbt


Syukran...Alhamdulillah...





Tiada kata yang keluar dari mulut selain syukur, syukur dan bersyukur...Alhamdulillah! Sejauh ini Allah memberkati ikatan perkahwinan kami Intan & Idzwan...Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu..Walau dugaan, rintangan dan ujian malah kebahagian yang Engkau kurniakan pada kami, kami Redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Pahit, manis dalam kehidupan kami lalui dengan restu Mu YA Allah.

Di saat diri ini meng'hapdet' blog ni...lagu Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash Lefhanded berkumandang...terharu, menggeletar tangan menaip setiap bait lirik lagu...

"Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia"



"Hanya Tuhan yang pasti.
Mengerti..."


Sedih, terharu sebab tak dapat raikan kemenangan cinta kami yang ke 10 bersama. Saat ini, en.asben berada nun jauh di Pahang menjalankan tanggungjawab mencarfi rezki utk kami sekeluarga. InsyaAllah minggu depan kita bertemu dan jika izinNya kita raikannya...ya sayang! 

Pagi2 lagi, handphone berbunyi tanda menerima mesej..."Happy anniversary yg ke 10 sayang, Semoga kita kekal ke akhirnya...Amin" . Terima kasih sayang...dan mesej tersebut dibalas begini : "Our wedding was 10 years ago, but the celebration never stop n wish for forever...let's together we make it happen for the rest of our life..thanks for being such a wonderful soulmate to me..."

Harapan dan doa agar mendapat Rahmat dari Allah SWT dan dikurniakan rasa cinta (sbnrnya hanya pinjaman dari NYA) selamanya...Moga kami berjaya membimbing dan mendidik anak-anak kami (Amanah Mu) ke jalan yang benar yang Engkau Redhai...Limpah kurniakanlah rezeki yang halal buat kami dan berkatilah hubungan kami sekeluarga. Permudahkanlah urusan kami dan jadikan hari-hari seterusnya bertambah baik keadaan kami dari hari sebelumnya... Amin...


Perasaan? terus terang tiada rasa jemu bersama, masih segar seperti 10 tahun yang dulu....
 
Ini adalah sedikit daripada beberapa kenangan kami berdua sempena Anniversary yang ke-10 ini :











Gambar honeymoon....will 'hapdet' soon.... :) :)


Saturday, July 14, 2012

sports day...Mariaville Kindergarden



yeay....hari ni izzuddin n dynas sport day....mama dari melaka balik semata2 nak tengok anak2 mama bersukan...malam nanti mama kena balik melaka balik. Mama ada 24 jam je dengan korang...walau apapun mama bangga dengan izzuddin dan dynas kerana bawa balik 4 'gold medal'...congrats sayang... ayahpun dapat jugak...hamper! Ayah sukan dengan dynas...lets see the pics...

Wednesday, March 14, 2012

Birthday DYnas yang ke-4

Alaaa...tomei-tomei...

Sorry sayang...mama x sempat nak buat big-party for u...ya la mama kan student-teacher tahun ni..so mama sgt busy dengan assignment dan exams...hope u understand...so, ni je lah yang sempat mama buat and snap just a picture ..mama promise, next year will be different k...I love u so muchhhh....



Just a simple one...next year, kita buat tema hello kitty (pink and black)ok... :)