CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Friday, December 7, 2012

Ayah & Mama have been hand in hand for 10 years



Assalamualaikum....wbt


Syukran...Alhamdulillah...





Tiada kata yang keluar dari mulut selain syukur, syukur dan bersyukur...Alhamdulillah! Sejauh ini Allah memberkati ikatan perkahwinan kami Intan & Idzwan...Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu..Walau dugaan, rintangan dan ujian malah kebahagian yang Engkau kurniakan pada kami, kami Redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Pahit, manis dalam kehidupan kami lalui dengan restu Mu YA Allah.

Di saat diri ini meng'hapdet' blog ni...lagu Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash Lefhanded berkumandang...terharu, menggeletar tangan menaip setiap bait lirik lagu...

"Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia"



"Hanya Tuhan yang pasti.
Mengerti..."


Sedih, terharu sebab tak dapat raikan kemenangan cinta kami yang ke 10 bersama. Saat ini, en.asben berada nun jauh di Pahang menjalankan tanggungjawab mencarfi rezki utk kami sekeluarga. InsyaAllah minggu depan kita bertemu dan jika izinNya kita raikannya...ya sayang! 

Pagi2 lagi, handphone berbunyi tanda menerima mesej..."Happy anniversary yg ke 10 sayang, Semoga kita kekal ke akhirnya...Amin" . Terima kasih sayang...dan mesej tersebut dibalas begini : "Our wedding was 10 years ago, but the celebration never stop n wish for forever...let's together we make it happen for the rest of our life..thanks for being such a wonderful soulmate to me..."

Harapan dan doa agar mendapat Rahmat dari Allah SWT dan dikurniakan rasa cinta (sbnrnya hanya pinjaman dari NYA) selamanya...Moga kami berjaya membimbing dan mendidik anak-anak kami (Amanah Mu) ke jalan yang benar yang Engkau Redhai...Limpah kurniakanlah rezeki yang halal buat kami dan berkatilah hubungan kami sekeluarga. Permudahkanlah urusan kami dan jadikan hari-hari seterusnya bertambah baik keadaan kami dari hari sebelumnya... Amin...


Perasaan? terus terang tiada rasa jemu bersama, masih segar seperti 10 tahun yang dulu....
 
Ini adalah sedikit daripada beberapa kenangan kami berdua sempena Anniversary yang ke-10 ini :











Gambar honeymoon....will 'hapdet' soon.... :) :)


Saturday, July 11, 2009

Selamat Pengantin Baru............Intan Suraya & Azlan, Rosli & Yaya






Saat-saat Pak andak dinikahkan...SAH!!

20 Jun 2009

1 happy family...

1 BIG happy family...

hepi, hepi n hepi...05 Julai 2009



Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal abadi
Bahagia ke anak cucu
Semoga murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya....


lalallallallalallalalallaaa....dah tak ingat lirik lagunya. Alhamdulillah sekali lagi, dengan restu dari-NYA, selesai sudah walimatururus dan majlis berjalan dengan lancarnya.Semoga kedua-dua pasangan bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat....

Mmmm...setelah seminggu berlalu, penat jangan cakapla masih lekat lagi...walaupun bukan mama & ayah di belakang tabir..( i layan depan tabir jew...)tapi kepenatannya tahap diva..ya la pengantin pun dah sampai demam2 dah tu...ada kat Tanjung Malim bertapa...sorang lagi kat Kuala Langat...hehehe diorang ni PJJ...pasangan yang lagi satu tak PJJ...stay KL.

Saturday, June 6, 2009

My friend's Wedding...06.06.09


Kelempang..kelempang...kelempang..kelempung...kelempung...kelempung...
Alhamdulillah & Congratulations buat sahabat mama Zaimun Yahyah...telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama tunangan tercinta, Shahrul yang kini telah pun sah menjadi suaminya.

Mama tumpang gembira dan berdoa agar perkahwinan dua insan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat...banyak-banyak bersabar, bertoleransi dan berkompromi dalam melayari rumahtangga...teringat lak memori 6 tahun 6 bukan yang lalu...dimana mama dan ayah disatukan / dikahwinkan...cepat je masa berlalu, tup..tup irfan pun dah nak naik darjah satu tahun depan 2010...Alhamdulillah sekali lagi, dengan Rahmat dari-Nya, kami berjaya mengharungi onak dan ranjau...itulah lumrah perkahwinan, sememangnya sinonim dengan ombak dan badai....kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai...pastinya tuan punya dunia sedang merancang apa yang terbaik buat makhluk ciptaan-NYA...Wallahu'alam
MMmmmmm...hari ini kenyang sangat rasanya, 2 buah kenduri kami layan ....Dynas ikut Opah pergi Taiping, menjemput sanak-saudara untuk kenduri wan Su bulan depan 05.07.09....

Saturday, December 7, 2002

2002 ~ Perkahwinan Raja Idzwan & Intan Suzana 07.12.2002

 
Dengan sekali lafaz, Raja Idzwan & Intan Suzana sah menjadi suami isteri...Alhamdulillah

Kucupan sang suami...tanda kasih sepanjang hayat...
Our favourite pic...it looks so sweet...

Bayar tol dulu...hehehe

Makan beradap...di rumah pengantin perempuan

Majlis menyambut menantu di rumah Merah pada 15.12.2002

Makan beradap...


Secebis doa Intan Suzana...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah dia untuk diriku...

Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tiupkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan itu kekal abadi
Dan Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera.

Tetapi Tuhanku...
Seandainya Engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatanku
Dan peliharalah diriku dari rasa kecewa

Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikan aku kekuatan melontar bayangan ke dada langit
Hilang bersama senja merah dan gelap pekat awan
Agar aku dapat rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya

Dan Tuhanku yang tercinta
Gantikanlah yang telah pergi
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Wujudkanlah kembali yang telah hilang
Meskipun tiada serupa dengan dirinya

Jika benar cinta itu sejati
Maka bebaskanlah ia
Jika benar cinta itu suci
Ia akan datang dengan sendirinya

Janganlah mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az-Zahra...
Seandainya, dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallauwajhah..........


dup...dap...dup...dap....

Hari ini hari raya puasa, bersamaan 2 Syawal....Selamat Hari Raya Aidilfitri u olls.... :)

Syukur Alhamdulillah.... setelah lebih kurang 8 tahun menjalin persahabatan, pada tanggal 07.12.2002 mama dan ayah telah selamat diijabkabulkan.

Pejam celik pejam celik akhirnya kami disatukan dengan ikatan perkahwinan...Rasa gembira...TAKUT pun ada...nak memikul tanggungjawab sebagai suami isteri...Semoga kedua ibubapa kami & Yang Maha esa merestui ikatan suci ini...

DOA NABI MUHAMMAD S.A.W PADA PERNIKAHAN PUTERI BAGINDA FATIMAH AZ-ZAHRA & SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A
"Sesungguhnya Allah SWT menghimpun yang terserah dari keduanya,
memberkati mereka berdua,
meningkatkan kualiti keturunan mereka,
menjadikan pembuka pintu-pintu Rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta...
pemberi rasa aman bagi ummah!"

KRONOLOGI PERKAHWINAN RAJA IDZWAN & INTAN SUZANA ...disebalik angka 7...

*17/07/2000 - Rombongan merisik daripada pihak lelaki
*07/10/2000 - Rombongan meminang daripada pihak lelaki
Membawa 9 dulang hantaran & dibalas 21 oleh pihak perempuan
*07/12/2002 - Majlis Pernikahan berlansung di Surau batu 5, Tambun.
pihhak lelaki membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang...


****************************************************************************


You've found the one who completes you.
Butterflies in your stomach flutter away.
Today you announce your love to the world,
Cherishing every word you say.
It's said that love conquers all
No matter what life throws at you.
You've nurtured a never-ending bond
a strong love ignited by two.

With the fusing of your hearts,
An everlasting union starts.
Congratulations! I hereby convey,
Best wishes for your special day.

Life begins for us all with nothing but love,
so perfect and full, that is given from above.
Then each of our paths differs from another
as we learn about love from a father and mother,
from brothers and sisters, family and friends.
In a world where nothing lasts we find love never ends.
So we travel a path searching for a perfect love
to share, like that which we receive from above.

Friday, October 26, 2001

1994 ~ 2001 ...detik2 bersejarah...

Pertemuan di Mc'D
Menjadi satu ingatanku...
Bagaikan satu mimpi
Bertemu gadis pujaanku...Intan


Antara bait2 lirik yang dicipta khas sempena perkenalan kami...
mmmm........detik pertemuan 2 insan, Raja Idzwan & Intan Suzana. Pelbagai suka duka kami hadapi dan harungi bersama...Rasanya baru semalam kami bertemu buat pertama kali...sungguh pantas masa berlalu...'

Masih kuat di ingatan mama...ayah baru habis PMR, mama baru form 2....penghujung tahun 1995...tapi mama harap anak2 mama tak bercinta masa sekolah ya...masa untuk belajar, belajar betul2...masa untuk main, main sungguh-sungguh...tapi mama percaya pada jodoh...ajal maut di tangan Tuhan...

Irfan, Izzuddin & Dynas mesti belajar bersungguh-sungguh ye...biar sampai ke menara gading...InsyaAllah...Mama & ayah sentiasa doakan yang terbaik buat anak2 kami...
Kalian mesti ingat tanpa ilmu kita bukan siapa2 di dunia ni...Mama & Ayah takde harta nak tinggalkan buat kalian, tapi kami bekalkan ilmu buat kalian gunakan sebaik mungkin di dunia & akhirat...

Walaupun kami bercinta di usia muda, tapi kami tak lupakan pelajaran. Mama berjaya menggenggam segulung ijazah pada usia 22tahun, Ayah pada usia 23tahun...

Mama sekolah di SMJK Convent Ipoh n Ayah di SMK St Michael IPoh....dekat la tu... :)