CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, December 1, 2008

Bulan & Bintang Senyum Padaku?

Bulan & Bintang senyum padaku?
Lewat malam ini , daku mendongak ke langit hitam
Daku terlihat bulan dan bintang
Mereka tersenyum kepada ku , mungkinkah ?
Subhanallah...Bertapa indah ciptaanNya..
Terlampau cantik untuk dikritik
Mahupun di perkotak katikan .


Bulan ,
mungkinkah senyuman indah mu itu hanya untuku ?
Bintang , mungkinkah sinar cahayamu itu bersinar untuku ?
Aku ingin benar bahagia ,
bahagia ditemani sang Pencinta dengan Hidayah & PetunjukMU
Lantas aku mendongak ke langit,
lalu melihat akan kalian sambil berdoa kepadaNYA..

Daku cemburu akan kalian ,
Kalian dicipta sungguh sempurna ,
tiada cacat cela,
Menyinari seluruh alam
Kalian senantiasanya bahagia tiada masa untuk berduka
Walaupun begitu aku tetap bangga diciptakanNYA menjadi manusia.
Aku bersyukur kerana diberi peluang menjadi kalifah dibumi yang fana ini...
Wahai bulan, wahai bintang
Adakah kau senyum padaku?
senyuman sinis ataupun ikhlas....Wallahu'alam
Malam tu mama saksikan sendiri fenomena indah yang pelik tapi benar ciptaan Allah swt...Subahanallah...cantik sangat...kagum, dan rasa bersyukur dengan Maha Besar, Maha Agung...tak habis2 pujian yang dilafazkan dibibir mahupun dibenak hati...I'rfan pun menyaksikannya...masa tu kita dirumah Opah...mama tak pasti I'rfan masih ingat ataupun sedikit kabur ....NANTI 2013 InsyaAllah "senyuman" ini akan kembali...
FAKTA :-
Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.

0 comments: