CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ayah & Mama love each other forever..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, December 19, 2008

----> PART I
'Imajinasi mengawal anda atau anda yang mengawal imajinasi anda..'


Di Melaka, sebuah kilang pengeluar seluar jeans tempatan telah mengikat kontrak dengan beberapa syarikat Eropah, yang mana produk mereka dibeli oleh mereka dan dijenamakan atas jenama syarikat Eropah. Dan seluar yang dijenamakan dengan jenama Eropah itu tadi dibawa masuk ke Malaysia dan dipasarka dalam pasaran Mayalysia. Pada waktu yang sama, kilang tempatan tersebut juga pengeluarkan produk mereka untuk dijual terus dalam pasaran tempatan, iaitu dengan menggunakan jenama tempatan.
Apa yang menarik, penduduk Malaysia lebih gemar membeli seluar yang dijenamakan oleh jenama Eropah, walau harganya seganda lebih mahal berbanding yang dipasarkan terus oleh syaikat tempatan. Maksudnya, masyarakat Malaysia meletakkan keyakinnan pada jenama, dan kurang terliti terhadap nilai produk itu sendiri. Kualitinya sama, tetapi jenama adalah perkara terkehadapan sebelum anda membuat pilihan. Mungkin ada faktor-faktor lain, tetapi apa yang hendak ditekankan di sini adalah bagaimana imajinasi anda mempengaruhi dan menentukan keputusan anda..
Sebahagian dari anda, apabila mendengar sesuatu yang kotor akan merasa jijik. Jika anda sedang makan, anda akan hilang selera dan terhenti makan. Tidak kurang pula yang termuntah-muntah. Walhal, anda tidak pun memakan makanan yang kotor. Anda memakan makanan yang bersih dan lazat. Tetapi oleh kerana rangkaian-rangkaian keputusan dalam diri anda dikawal oleh imajinasi anda, maka imajinasi andalah yang menentukan keputusan atau apa yang seharusnya anda lakukan...
Apa yang nak ditekankan dihujung penjelasan ini adalah; Menyedari akan keberadaan imajinasi dalam diri anda. Menyedari akan pengaruh dan penguasaan imajiasi dalam menentukan riaksi kimia dalam tubuh, yang kemudian menentukan keputusan anda. Jika 'menyedari' ini dapat dipertingkatan dalam diri anda, secara perlahan-lahan penguasaan anda terhadap imajinasi anda akan bertambah baik..
Jika anda bernasib baik, mungkin esok anda pula yang bertindak mengawal imajinasi anda, berbanding semalam imajinasi yang mengawal anda..
----> PART II
'Menyedari kuasa fikiran anda..'

Tahukah anda bahawa kehidupan anda adalah fikiran anda, fikiran anda adalah kehidupan anda? Ini akan anda sedari bilamana anda melihat diri anda dengan lebih serius dan kritikal..
Ketika anda melihat makanan, fikiran anda akan berkata dengan anda bahawa itu adalah makanan yang diperbuat dari itu dan ini. Ketika anda menjamah makanan, fikiran anda segera segera mengatakan bahawa makanan itu lazat. Fikiran mencipta satu penafsiran, yan kemudian dihantar untuk anda fahami..
Sesuatu yang indah, yang lazat(dan seterusnya.. ) adalah hasil dari kreasi fikiran anda. Lazat atau tidak sesuatu itu sangat bergantung kepada apa yang ditafsirkan oleh fikiran anda. Sang nabi(saw) melarang anda mengherdik makanan yang tidak anda sukai ketika anda bersama-sama rakan anda sedang menjamahnya. Kerana apa? Barangkali makanan yang tidak anda sukai itu sangat disukai oleh rakan anda yang lain..
Seorang wanita yang berleher sangat panjang, dengan lubang subang telinga sangat besar terlihat sangat aneh dan hodoh. Di Malaysia, hal itu terlalu aneh, tetapi di Burma, sebaliknya. Kaum hawa di sana berlumba-lumba memanjangkan leher mereka dengan meletakkan gelung logam setiap tahun. Leher panjang sangat sinonim dengan simbol kecantikan, kerana itu mereka berbangga dengan panjangnya leher mereka..
Dinotakan di sini bahawa, hal-hal seperti cantik, lazat, suka atau tidak suka adalah permainan batas-batas fikiran. Itu kerja fikiran. Jika ini benar-benar anda sedari, cantik atau tidak, lazat atau kurang bukanlah hal yang berat. Ketika rakan anda bersungguh-sungguh dengan sesuatu kecantikan, hati anda pun berkata; 'Ah, itu tak lebih dari kerja fikiran..'
'Satu koin ada dua wajah..' PART III

Satu peristiwa memungkin membawa dua penjelasan; baik atau buruk, rahmat atau petaka. Satu barang dagangan yang dijual dengan harga yang mahal dari harga yang sepatutnya, sudah tentu membawa keuntungan atau kebaikan kepada penjualnya, tetapi sebaliknya, membawa kerugian atau keburukan kepada pembelinya. Bagi pejual; 'Ah, hari ini adalah hari rahmat buat saya dengan rezki yang meruah!', sebaliknya bagi pembeli; 'Celaka, hari ini adalah hari petaka buat saya. Saya telah diperdaya!!. .'
Sepertimana bisa pada ular, adalah penyelamat serta perlindugan dari gangguan seperti manusia dan sebagainya. Sebaliknya, bagi manusia, bisa ular adalah kecelakaan dan ancaman buat mereka..
Begitulah halya di dunia ini, segala kejadian dan peristiwa sentiasa membawa dua makna pada sisinya. Sesuatu yang memihak anda lazimnya anda katakan sebagai kebaikan, tetapi mungkin anda tidak bahawa kejadian yang anda katakan baik itu sangat mencelakakan orang lain! Begitu pula sebaiklnya..
Dinotakan di sini bahawa; baik atau buruk, rahmat atau celaka adalah satu bentuk penilaian dari diri anda sendiri. Jika anda cenderung kepada kebaikan, anda akan melihat bahawa dunia ini dipenuhi dengan kebaikan-kebaikan. Sebaliknya, jika anda cenderung kepada keburukan, anda akan melihat dunia ini dipenuhi dengan keburukan-keburukan . Di sana-sini menyakitkan, gelap seperti tidak ada ruang kecerahan sedikit pun. Tahu atau tidak, sebenarnya anda sendiri sudah kehilangan nikmat kehidupan yang tuhan anugerahkan kepada anda di dunia ini..


0 comments: